Friday, December 30, 2011

Happy Birthday Mia!!!

Selamat Ulang Tahun,Sayangku Mia!

Aduhhh....sudah lama kiranya daku tak berkesempatan untuk me'blog'kan diri di sini(heheh boleh ke ayat begini).Agak sibuk menguruskan anak2 dan cari rezeki tambahan..Kasihan Mr Hubby bekerja keras demi untuk sempurnakan keperluan keluarganya.

Sakit Gigi:

Beberapa hari yang lalu gigi bongsuku sebelah kanan atas berdenyut-denyut dan gusi membengkak.Rasanya gigi tu sememangnya sudahpun tumbuh,mungkin belum tumbuh dengans sempurna.Aduhai,bagiku,biarlah demam daripada sakit gigi.Telah punya beberapa pengalaman kena sakit gigi ni.Pernah juga smpai masuk emergency sebab dah tidak terperi menahan kesakitan.Adakalnya memerlukan bantuan pakar,tapi ada kalanya disebabkan benda-benda kecil.Pernah juga kusangkakan sakit gigiku agak serius,tapi setelah berjumpa doktor gigi,hanya disebabkan cebisan makanan yg tersangkut di celah2 gigi.Ada juga terpaksan kena rawatan yang mencecah beratus-ratus ringgit.Tapi lama kelamaan aku mula belajar dari pengalaman kerana kadangkala kita sendiri boleh merawat sendiri sakit gigi tersebut.Nak tahu bagaomana caraku? Mula-mula cuba makan ubat panadol atau tahan sakit dahulu.Sambil tu aku lakukan 'flossing' dan 'gargle' dengan antiseptik yang dikhaskan untuk gusi dan mulut.Sambil itu juga,aku akan memberus gigiku  hampir 6/7 kali sehari.Kalau hendak makan terpaksa mengunyah disebelah kiri dimana gigi yang tidak sakit.Ini untuk memberi ruang gigi dan gusi yang sakit dan membengkak itu untuk sembuh.Alhamdulillah,2 hari sakit gigiku telah hilang.Tetapi diganti pula dengan demam dan selsema yang berlarutan hingga hari ke2.Aduhaaaaiii,dengan anak2 3 orang yang lasak membesar ni,memang pening kepala dibuatnya.Tapi demi untuk keluarga tersayang,kugagahkan juga untuk bertahan,walaupun kadangkala kesabaran amat tipis sekali.Kali ini aku cuba bertahan untuk tidak berjumpa doktor dan mengambil antibiotik.Dengar kata seorang doktor semasa menonton Wanita Hari Ini tempohari jika kita selalu atau kerap mengambil antibiotik,tubuh akan menjadi semakin lemah kerana virus di dalam sudah kebal dan terbiasa dengan ubat yang diberikan.Jadi kali ini biarlah kurawat secara natural walaupun adakal terpaksa juga manegambil ubat selsema..huhuhuh.Tak mengapa,penyakit ni kan Allah yang beri,harus bersabar dan sentiasa ingat bahawa setiap orang yang sakit akan mendapat pahala.


Anakku yang pertama:

Hari ni juga genap 7 tahun umur anak sulungku Mia Arissa A'isya yang kulahirkan di Portland Hospital London pada 30 Disember 2004 nan lalu.Lagi sehari juga anakku akan masuk ke tahun 8 di tahun hadapan.Dah besar anak 'Mummy' ni..Masih kuingat kembali detik2 melahirkan Mia dahulu yang penuh suka duka.Tapi apapun aku bersyukur semuanya selamat dan baik.Ku ingat juga detik2 aku merayu pada 'gynae' ku Dr Marion Hatton agar anakku dapat dilahirkan sama dengan tarikh ulangtahun juga iaitu 1 Januari sementelah aku perlu dibedah memandangkan Mia berkeadaan songsang di dalam perut.Puas kucuba memberi alasan dan merayu,namun doktor tetap berkeras mahukan tarikh 30 tersebut.Alasannya tiada doktor yang bertugas pada hari itu kerana tahun baru."Sabar jelah!"Sudahlah kos rawatan mahal,tidak diberi peluang untuk memilih pulak tu.Doktorku ini agak sedikit kolot walaupun amat terkenal dan pakar dalam bidang perbidanan.Apa tidaknya,pernah satu hari aku suarakan tentang pandangannya jika aku ingin melahirkan anak di dalam air kerana setahu aku ramai juga pesakit di hospital Portland ni yang melahirkan anak di dalam bath tub yang akan dikhaskan  di dalam bilik.Kata Doktor Marion ku;"Thats nonsense!"Jadi,tak merasalah aku yang agak mengada2 ni nak mencuba.Mungkin juga risiko yang ada membuatkan doktor ku tidak berani untuk melakukan kaedah sebegini......Ahh....banyak benar kenangan pahit manisku  di kota London dahulu.Kalau ditanyakan kepada Mia,'Where is your home sweet home?",pasti jawapannya "Its in London".Saban hari menyimpan angan-angan yang dia mahu pulang semula ke sana kerana rindukan salji,taman-taman dan sebagainya.Bak kata orang,'Tempat jatuh lagikan dikenang,inikan pula tempat bermain dan dilahirkan'.Ada masa nanti akan kukembangkan pengalaman ku dan keluarga di sana beberapa tahun dahulu.Walaupun ianya telah lama,namun kenangan-kenangan yang kuperolehi amat bermakna dalam mewarnai perjalan hidupku ini..(( :

InsyaAllah anakku,kalau mahu kesana,pastikan Mia belajar rajin-rajin,dapat keputusan yang cemerlang dan berpeluang sambung pengajian di sana ataupun bila dan bekerja mampu pergi ke sana bila-bila masa sahaja.Tapi harus pastikan Mia berjaya dalam pelajaran dan diri.Kami mendoakan Mia sentaias dilindung Allah dan dipermudahkan perjalan hidupmu.Juga menjadi contoh terbaik buat adik2mu.Amin!

Friday, December 23, 2011

Kenapa orang letak anak patung di bumper kereta????

Aduhai....Maharaja Lawak Mega ni semakin membosankan.Sambil2 melayari internet aku terbaca satu topik yang menarik di Cari Forum,jadi rasanya tak salah kalau aku berkongsi informasi yg baru kuketahui sebentar tadi..Antara petikan dari email yang diterima oleh salah seorang ahli Cari forum Misteri Paranormal.

Kenapa orang letak anak patung di bumper kereta.... 
Jangan tiru..semunya membawa kepada kurafat…kalau mengikut cerita dibawah ni yea.. 
 
Assalamualaikum wbt. 
No, I'm not gonna apologize for making too few blogposts
. Haha! Busy la, busy. 
Ni pun kerana internet tak elok, boleh la menulis sekejap.
 

Apa-apapun, saya teringat suatu perbualan dengan abang saya semasa traffic jam di lebuhraya. Pelbagai jenis kereta lalu melepasi kami dan abang pun bertanya,
 "Ha awak tahu tak, kenapa orang selalu letak anak patung bawah kereta dia?"


Saya lihat ada kereta lalu di hadapan, dengan anak patung Spongebob. Banyak dah orang buat, especially kereta sport. Ada tasmania devil, sylvester, tweety, pendek kata semua soft toy. kadang-kadang sampai buruk pun ada. Kesian tengok (ye la dulu mak ayah pun jarang belikan anak patung, mereka ni beli senang-senang letak bawah kereta. Jeles!).

"Entah la," saya duga. "Mungkin, nak bumikan elektrik semasa kilat kot?"


"Salah..."



 
"Habis tu kenapa?"


"Sebab, ni budaya orang Thailand. Orang sana percaya roh orang yang mati kemalangan akan berlegar-legar di tempat dia mati. Takut nanti dia menganggu orang yang memandu, terutama roh kanak-kanak, jadi mereka pasang anak patung. Supaya roh kanak-kanak tu happy."


"La ye ke," kata saya. "Patutlah time saya pergi Bangkok dulu, diorg buat shrine tepi jalan. Kata tourist guide, kalau orang tu mati kat situ, buat kuil kat situ. Dia jadi penjaga jalan tu."


"Ha tulah, orang kita ni suka ikut saja budaya luar. Asal cute je buat. Tak fikir pun sebabnya." 


Bila Google di 
sini saya mendapati perkara yang sama. Di sini pula, halaman blog pelancongan Thailand ni pula mengatakan bahawa trend ini dibawa oleh pemandu teksi Thai yang mahu meletakkan roh lain (dengan meletak anak patung) supaya roh orang mati dilanggar tidak menganggu kereta mereka. 

Fuh, nasib baik saya pun tak buat. Aduh, tengok, nanti rosak pula akidah percaya pada roh anak patung. Hari tu terfikir juga, comelnya kalau letak anak patung sebiji. Kuma-kuma ke, powerpuff girls ke. Kenapalah saya tak tanya dulu.


Apa pandangan anda ??Pernah lihat situasi yang sama?

kredit to : Cari Malay Forum. 

Thursday, December 22, 2011

Anniversary Treat at Little White Cafe .

Disebabkan hari ni bukan hari minggu dan Mr.Husband bekerja jadi tiada apa2  perancangan istimewa kecuali keluar makan di kawasan linkungan tempat tinggal di sekitar Bandar Baru Bangi.Maklumlah nak meraikan ulangtahun perkahwinan bersama anak2 yang turut sama (mana mungkin kami tinggalkan),jadi terpaksalah cari tempat yang tidak terlalu ramai orang dan service yang mantap.Takut nanti anak2 akan cepat bosan dan mulalah macam2 adengan akan terkeluar.Budak2lah katakan.

Destinasi pilihan Mr.Hubby kali ni ialah di 'Little White Cafe' Bandar Baru Bangi.Sebenarnya sudah lama kepingin mahu ke sini, namun disebabkan kos, waktu  dan anak2 yang tidak begitu mengizinkan, jadi terpaksalah pendamkan dulu keinginan untuk mencuba hidangan dan suasana di sini.Keadaan diluar pintu masuk memang sangat menari seperti di taman bunga ala 'English'.Kedatangan kami dialu-alukan oleh pelayan2 di situ.Setelah melihat menu nampaknya harga yang terpapar boleh tahan mahal juga nampaknya.Alamatnya,jarang2 la dapat ke sini..Mmg diakui makan yg disediakan sedap tetapi dari segi 'food presentation',sedikit kekurangan di situ.Pada pandanganku, 'portion' makanan sedikit tidak bersesuain dengan harga yang diletakkan.Sedikit mahal kiranya di bandingkan dgn beberapa tempat lain yang agak setaraf dgn Cafe ini,malah lebih baik.Agak terkejut juga kerana harga total 5 biji 'macaroon' yang ku ambil adalah lebih kurang RM20.Aduhh,mahalnya..kalah harga di Harrods.Mmg silapku jugak tak bertanya dahulu harganya.Tapi malulah jugak kalau setakat manisan begitu smpai mahu bertanya harga sebiji.Padan mukaku! Bukan mahu berkira, tapi agak2lah kalau mahu meletakkan harga.Hingga 2 kali ganda..Sudahlah terlalu manis,akhirnya tak habis..Tapi yang aku paling suka, 'scones' di sini.Mmg sedap,tetapi sekali lagi saiz agak kecil jika dibandingkan dengan harga..Mujur jugalah perut ni tidak berapa lapar.Begitu juga anak2.Kalau tidak,parah jugalah nak membayar.Tapi tak mengapa sekali sekala.Lagipun sempena ulangtahun perkahwinanku dan hari lahir Lana,semalam.Suasana dalam cafe ni memang sangat menarik dan tenang.Memang terasa seperti 'cafe 'di luar negara ataupun paling 'koman' di Fraser Hill (( :..Terkenang kembali memori2 di UK dulu.Aduhhh,rindunya kami!
Jadi,kali ni 3.5/5 bintang diberikan untuk cafe ini.InsyaAllah,kalau ada rezeki lagi mungkin akan datang utk mencuba makanan yang lain pula.Belum di tahap serik...Masih ingin berkunjung lagi ke sini.

Dalam perjalanan pulang sempat singgah di kedai peralatan persekolahan untuk menokok tambah apa2 yang perlu diganti persediaan Mia,anak sulungku yang akan menginjak ke tahun 2 beberapa hari lagi.Syukurlah tidak banyak benda yg harus dibeli kecuali sepasang kasut,sepasang baju sekolah dan tudung serta stokin.Alhamdulillah..,untung menjadi ahli di kedai ini kerana banyak diskaun diberikan  dan hampir keseluruhan barang2 yg dibeli mendapat potongan antara 10-40%.Alhamdulillah.Yang paling seronoknya,anakku terjumpa novel 'Ombak Rindu' yang hanya tinggal baki 2 beluam terjual.Apa lagi, seronok rasa hati ini bila Mr.Hubby sudi membelikannya untukku.Memang dah lama cari di kedai2 buku seperti MPH dan Borders,tapi tak kutemui...akhirnya rezeki berada di depan mata.Sebenarnya zaman sekolah2 dulu memang sudah pernah ku baca novel yang memang diakui sangat menarik dan istimewa bagiku ini.Tetapi banyak yg telah lupa jalan ceritanya.Setelah berpeluang menonton wayang OR tempohari,semangatku begitu berkobar2 untuk mencari semula novel ini.Seingat aku sewaktu dulu,setelah selesai membacanya; rasanya kesudahan cerita novel ini agak sedih;tidak seperti di layar perak...sampaikan aku berazam ketika itu untuk mencari penulis novel ini iaitu Fauzia A untuk mengetahui kewujudan watak2 dalam cerita ini di alam realiti.Sampai begitu sekali impaknya...hehehehe.Lagipun memang semenjak berkahwin, minat membacaku berkurangan disebabkan ruang waktu yang agak terhad.Jadi InsyaAllah,buku ini akan menyemarakkan kembali dunia bacaan ilmiahku dan mudah2han berterusan.

Alhamdulillah,its been 9 years...and many more to come!






Dear Mr.Hubby;  
Sometimes colourful,
Sometimes gray,
Sometimes simple,
And at times
Hard was our way.
Not for today or tomorrow,
Or just another day,
A promise for a lifetime,
Together we will stay....

Wednesday, December 21, 2011

Happy 4th Birthday, Lana!


Alhamdulillah....hari ni genap 4 tahun umur anak keduaku,Lana.Mummy doakan agar perjalanan hidup Lana sentiasa dalam barakah Allah dan dipanjangkan umur serta dimurahkan rezeki dan menjadi contoh yg baik kepada kakak dan adik..Semoga jadi anak yang solehah.Hari ni Mummy sempat daftarkan Lana ke tadika berdekatan dengan rumah.Harapnya Lana akan belajar bersungguh2 disamping rakan2 sebaya.Enjoy,ok...(dlm hati;boleh ke ni Lana ditinggalkan beberapa jam tanpa Mummy dia disisi.Almaklumlah,selama 4 tahn ni tak pernah berenggang pun dari jagaan Mummynya.

Syukur juga hari ni Mummy nak cuba ber 'blogging' untuk kenangan anak2 dan familyku di masa hadapan nanti.Andai panjang umur..Sebelum ni ada juga cuba buat 'blog',tapi asyik tertangguh dan tak menang tangan dek menguruskan rumahtangga dan anak2.Harapnya kali ini semuanya akan berjalan lancar.Azam tahun baru dan mengenangkan usia waktu yg semakin menginjak tua di tahun baru nanti...( ; Pada pembaca, kalau terhibur catatanku ini,alhamdulillah.Kalau ada yang tak sempurna,maafkanlah dan kalau ada yg perlu ditegur,silakanlah dengan hati yang ikhlas kerana Allah.