Thursday, December 22, 2011

Anniversary Treat at Little White Cafe .

Disebabkan hari ni bukan hari minggu dan Mr.Husband bekerja jadi tiada apa2  perancangan istimewa kecuali keluar makan di kawasan linkungan tempat tinggal di sekitar Bandar Baru Bangi.Maklumlah nak meraikan ulangtahun perkahwinan bersama anak2 yang turut sama (mana mungkin kami tinggalkan),jadi terpaksalah cari tempat yang tidak terlalu ramai orang dan service yang mantap.Takut nanti anak2 akan cepat bosan dan mulalah macam2 adengan akan terkeluar.Budak2lah katakan.

Destinasi pilihan Mr.Hubby kali ni ialah di 'Little White Cafe' Bandar Baru Bangi.Sebenarnya sudah lama kepingin mahu ke sini, namun disebabkan kos, waktu  dan anak2 yang tidak begitu mengizinkan, jadi terpaksalah pendamkan dulu keinginan untuk mencuba hidangan dan suasana di sini.Keadaan diluar pintu masuk memang sangat menari seperti di taman bunga ala 'English'.Kedatangan kami dialu-alukan oleh pelayan2 di situ.Setelah melihat menu nampaknya harga yang terpapar boleh tahan mahal juga nampaknya.Alamatnya,jarang2 la dapat ke sini..Mmg diakui makan yg disediakan sedap tetapi dari segi 'food presentation',sedikit kekurangan di situ.Pada pandanganku, 'portion' makanan sedikit tidak bersesuain dengan harga yang diletakkan.Sedikit mahal kiranya di bandingkan dgn beberapa tempat lain yang agak setaraf dgn Cafe ini,malah lebih baik.Agak terkejut juga kerana harga total 5 biji 'macaroon' yang ku ambil adalah lebih kurang RM20.Aduhh,mahalnya..kalah harga di Harrods.Mmg silapku jugak tak bertanya dahulu harganya.Tapi malulah jugak kalau setakat manisan begitu smpai mahu bertanya harga sebiji.Padan mukaku! Bukan mahu berkira, tapi agak2lah kalau mahu meletakkan harga.Hingga 2 kali ganda..Sudahlah terlalu manis,akhirnya tak habis..Tapi yang aku paling suka, 'scones' di sini.Mmg sedap,tetapi sekali lagi saiz agak kecil jika dibandingkan dengan harga..Mujur jugalah perut ni tidak berapa lapar.Begitu juga anak2.Kalau tidak,parah jugalah nak membayar.Tapi tak mengapa sekali sekala.Lagipun sempena ulangtahun perkahwinanku dan hari lahir Lana,semalam.Suasana dalam cafe ni memang sangat menarik dan tenang.Memang terasa seperti 'cafe 'di luar negara ataupun paling 'koman' di Fraser Hill (( :..Terkenang kembali memori2 di UK dulu.Aduhhh,rindunya kami!
Jadi,kali ni 3.5/5 bintang diberikan untuk cafe ini.InsyaAllah,kalau ada rezeki lagi mungkin akan datang utk mencuba makanan yang lain pula.Belum di tahap serik...Masih ingin berkunjung lagi ke sini.

Dalam perjalanan pulang sempat singgah di kedai peralatan persekolahan untuk menokok tambah apa2 yang perlu diganti persediaan Mia,anak sulungku yang akan menginjak ke tahun 2 beberapa hari lagi.Syukurlah tidak banyak benda yg harus dibeli kecuali sepasang kasut,sepasang baju sekolah dan tudung serta stokin.Alhamdulillah..,untung menjadi ahli di kedai ini kerana banyak diskaun diberikan  dan hampir keseluruhan barang2 yg dibeli mendapat potongan antara 10-40%.Alhamdulillah.Yang paling seronoknya,anakku terjumpa novel 'Ombak Rindu' yang hanya tinggal baki 2 beluam terjual.Apa lagi, seronok rasa hati ini bila Mr.Hubby sudi membelikannya untukku.Memang dah lama cari di kedai2 buku seperti MPH dan Borders,tapi tak kutemui...akhirnya rezeki berada di depan mata.Sebenarnya zaman sekolah2 dulu memang sudah pernah ku baca novel yang memang diakui sangat menarik dan istimewa bagiku ini.Tetapi banyak yg telah lupa jalan ceritanya.Setelah berpeluang menonton wayang OR tempohari,semangatku begitu berkobar2 untuk mencari semula novel ini.Seingat aku sewaktu dulu,setelah selesai membacanya; rasanya kesudahan cerita novel ini agak sedih;tidak seperti di layar perak...sampaikan aku berazam ketika itu untuk mencari penulis novel ini iaitu Fauzia A untuk mengetahui kewujudan watak2 dalam cerita ini di alam realiti.Sampai begitu sekali impaknya...hehehehe.Lagipun memang semenjak berkahwin, minat membacaku berkurangan disebabkan ruang waktu yang agak terhad.Jadi InsyaAllah,buku ini akan menyemarakkan kembali dunia bacaan ilmiahku dan mudah2han berterusan.

No comments:

Post a Comment