Monday, January 2, 2012

Bismillahirrahmanirrahimmmm...Selamat datang 2012 n I am officially 33!

Selamat Tahun Baru,semua!!! Selamat datang 2012 dan diharapkan semoga tahun ini akan memberikan seribu kedamaian dan rezeki serta barakah dariMu Ya Rabb..Semalam, 1 hb Januari 2012 bertambah lagi usiaku menginjak ke angka 33.Hmmm, apa perasaanku??? Sudah semestinya gementar kerana masih terlalu banyak lagi yang ingin ku capai dan gapai dalam impian hidupku selama ini.Ada yang telah terlaksana dan ada beberapa mimpi indah yang perlu ku realisasikan,namun masih belum butuh dan berkeupayaan untuk melakukannya.Memandangkan situasi ketika saat ini dan sebelumnya masih belum mengizinkanku untuk melakukannya, aku sentiasa berdoa moga diberikan jalan dan dimurahkan rezeki agar impian tersebut bukan sekadar mimpi indah semata-mata.

Antara salah satu yang amat kuinginkan untuk menyambung pelajaranku ke tahap yang mampu membanggakan keluarga dan anak-anakku di suatu masa nanti.Aku mahu mereka bangga mempunyai seorang 'Mummy' yang pintar  (( : dan akan menjadikan kejayaan ibubapa mereka sebagai dorongan dalam mengejar kejayaan di dunia dan yang kekal sudah pastinya di akhirat.Entah bila agaknya aku mampu dan punyai masa dan peluang bagi melakukannya memandangkan anak2 masih kecil.Kewangan juga tidak begitu mengizinkan buat waktu ini kerana banyak perkara penting yang perlu dibereskan terutamanya anak-anak.Tak mengapalah, selagi semangat untuk belajar ini berkobar-kobar dalam diriku,aku akan berusaha dan yakin aku mampu melakukannya suatu masa nanti walaupun telah tua.Yang penting aku mahu jadi wanita,ibu dan pastinya hamba Allah yang berguna dan diredhai serta dapat memberi manfaat diri untuk orang lain juga dari ilmu dan rezeki Allah yang diberikan.

Tahun baru ini aku akan cuba merancang setiap apa-apa yang sepatutnya perlu dan baiki kelemahan-kelemahan yang lalu untuk diri dan keluarga.Risau kerana ajal dan maut itu akan menjemput kita bila-bila masa.Jadi mahu sempurnakan apa yang wajib dan laksanakan amanah dan kewajipan sepatutnya,InsyaAllah.

Di kesempatan tahun baru ini aku dan keluarga meraikan beberapa tarikh penting dalam 'family' kami di rumah mentuaku di Negeri Sembilan.Rasanya lebih mudah dan jimat kerana semua diraikan dan tidak dilupakan..Its just a small family gathering.Yang penting anak-anak gembira dan 'have fun' (( : Tidak kulupakan buat ibuku di Perak kerana restu dari dia juga penting untuk hidupku.Walaupun 'emak' berada jauh di sana.Kuharapkan doa restunya sentiasa bersamaku dan keluarga.Terima kasih emak kerana melahir dan membesarkanku.Walaupun tidak dalam kesempurnaan dan tiada kasih sayang seorang suami kepadanya dan ayah untukku; aku masih bersyukur kerana itu menjadikan siapa diriku hari ini.Walaupun seorang insan yang tidak sempurna, sekurang-kurangnya pengalaman-pengalaman pahit maung hidupku yang lalu membuatkan hatiku bertambah tabah dan cekal untuk cuba menjadi insan yang berguna walaupun tidak seperti teman-temanku yang lain;bagiku kepuasan diri dan ikhlas dalam setiap apa yang ingin kita lakukan menjadikan kita redha dengan setiap perancangan Allah.Entahlah,sukar nak diluahkan apa yang terbuku dan maksudku..Entah kenapalah sejak menginjak umur kematangan ini,semakin 'jiwang' dan peka hati dan jiwa dengan setiap apa yang berlaku dan ingin dilakukan..Ah,berbelit-belit rasanya ayat-ayatku ini.Entah kenapa fikiranku malam ini.Harapnya yang membaca halaman ini tidak jemu melayan kata-kataku di sini.Matapun semakin berat,anak-anak dah minta perhatian,jadi aku berhenti sementara di sini.InsyaAllah semoga dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan kita semua untuk berjumpa lagi di lain kali.Salam sayang dan semoga malam ini mimpi-mimpi indah menghiasi tidurku dan kalian semua (( :

No comments:

Post a Comment