Monday, January 23, 2012

Bz,bz,bz.........Huhuhu!

Dah lama betul tak jenguk blogku ni.Masa sangatlah terhad sekarang untuk seketika.Mana tidaknya kedua2 anakku sudah mula bersekolah.Jadi masa pun semakin 'limited' apalagi untuk diri sendiri.Nasib baik jugalah anak yang kedua bersekolah tadika dekat dengan rumah.Mulanya teringin juga nak hantar ke tadika yang jauh sedikit dari rumahku memandangkan anak yg sulung sebelum ni sudah pernah belajar di situ.Tapi memandangkan anakku si Lana ni sedikit manja dan sentiasa mahukan Mummy berada di depan matanya, jadi terpaksa tangguh dulu perancangan yang sepatutnya.Aku dan suami sepakat mahu biasakan dia untuk 'socialize' dulu dengan kawan2 baru.Kiranya untuk umur 5 tahun ini,  biar dia belajar sesuaikan diri bagaimana nak bergaul dengan rakan sebaya.Tahun ke 2 nanti barulah hantar ke tadika yang lebih 'serius' (heheheh ada ke tadika yang tak serius????).Kiranya bila dia dah pandai berdikari sedikit barulah berani nak hantar ke tempat yang lebih baik dan tumpuannya pada pelajaran lebih berkesan.Sekarang biarlah cuma sekadar kelas 'main-main.Sambil2 itu aku turut menurunkan ilmuku kepadanya.Kata Mia, Mummy ni lebih garang dari Cikgu Pendidikan Jasmaninya.Hehehhehe! Dengan Mummy mana boleh beri muka!

Masuk minggu ini dah minggu ke 3,Lana bersekolah tadika.Nangis tetap menagis, cumanya sekarang ni hanya akan 'melalak' sewaktu aku menghantarnya hingga ke 'grill' pintu tadika.Tapi alhamdulillah hanya untuk 5-10 minit.Itupun sejak hari ke 3,kukeraskan hati untuk hanya menghantar dan memberi ucapan 'bye-bye' sahaja dan terus berlalu pergi tanpa menunjukkan rasa simpati..Memang sedikit kejam,tapi rasanya itulah cara yang terbaik untuk dia lebih memahami ; bila tiba masa belajar dan ke sekolah,harus ke sekolah.Tiada kompromi kecuali betul2 jatuh sakit.

Selesai masalah Lana, Mia pulak buat hal minggu lepas.Secara tiba2 setelah siap sedia nak ke sekolah, sewaktu van sekolah tiba,mukanya berubah nak menangis dan 'complained' sakit tekak...dan kemuadiannya terus menagis.Pada hal sebelum tu,ligat aktif melompat sana sini,buat itu ini.Memang amat menghairankan sampai apabila aku terus berkeras ,dia tetap mengamuk tidak mahu kesekolah malah menangis2 sambil berpaut memegang pintu gril rumahku apabila aku terus memaksanya kerana sebolehnya aku tidak mahu membiasa dan memanjakannya untuk ponteng sekolah tanpa sebab munasabah.Mulanya memang aku 'naik hantu' sebab tanpa angin ribut jadi begitu.Katanya kawannya si Farah,selalu ponteng sekolah.Mahu tak mahu terpaksa melepaskan van sekolah berlalu pergi, tapi jangan ingat Mia terselamat untuk tidak ke sekolah hari itu.Bila ditanya alasan yang diberikan tidak kukuh, aku terpaksa 'call' Daddy nya untuk balik seketika bagi menghantarnya ke sekolah.Akhirnya Mia akur....

Perkara yang sama berlaku pada hari seterusnya selama 3 hari berturut dan setelah dipujuk dan Daddy jemput setiap kali sessi sekolah tamat di sebelah petang,dicampur dengan sesi kaunseling dan nasihat apa yang patut, keadaan kembali pulih.Cuma aku rasakan Mia jadi begitu kerana mahukan diberi tumpuan oleh Mummy dan Daddynya.Fikir2kan balik , bila mana dah jadi kakak yang sulung pasti banyak tanggungjawab yang harus digalas.Jadi ,ada saja kesalahan yang terjadi yang kadangkala berpunca dari adik2nya.Terfikir di benak hati aku dan suami kadangkala juga sedikit mendesak/pushing her terutama di dalam pelajaran.Jadi kemungkinan besar dia rasa sedikit tertekan.

Alhamdulillah juga daripada nasihat kawan2 dan pengalaman mereka, aku cuba perbaiki dan selami apa yang patut.Kita ni sebagai ibu bapa sentiasa mahukan yang terbaik dan mahu anak2 buat yang terbaik juga dalam setiap apa yang mereka lakukan.Itu jugalah impian ibu dan ayah kita dulu.Sekarang baru kita faham betapa tingginya harapan orang tua terhadap kita yang selalu kita perlecehkan nasihat dan teguran mereka.Oh,andainya putaran waktu ini mampu kembali,pasti banyak benda akan kuperbaiki.Kerana aku sedar,menjadi seorang wanita,isteri dan ibu bukanlah satu benda yang senang.Tetapi bagiku,kisah hidup yang berliku juga menjadikan kita setabah dan sekebal seperti hari ini dan harapnya tetap utuh bagi melalui hari2 yang mendatang.

No comments:

Post a Comment